Sabtu, 14 April 2012

KOMIK termahal di dunia !



Mungkin anda perasan sejak kebelakangan ini saya agak jarang untuk mengemaskini blog dengan entri terbaru. Bukannya malas ataupun tiada idea. Alhamdulilah, semangat untuk menulis entri terbaru masih membara tetapi dek kerana masalah liputan Celcom Broadband yang agak mendukacitakan, terpaksalah saya membiarkan blog ini sepi seketika.

Siapa diantara kita yang tak pernah baca komik kartun? Memang kedengaran agak pelik kalau seumur hidup kita tak pernah baca komik kartun terutamanya ketika zaman kanak-kanak. Ini kerana komik kartun lebih kepada berbentuk humor yang dapat membuatkan pembaca terhibur. Dan ada sesetengah orang membaca komik kartun kerana untuk menghilangkan boring/stress.

Komik kartun adiwira atau superhero seperti Superman, Batman, Spiderman, Ironman dan banyak lagi telah menjadi kegilaaan ramai. Tapi siapa yang mampu menjangka edisi terawal komik kartun ini adalah sangat bernilai. Akibat kesukaran memperoleh salina asal keluaran pertama “Wira Agung” ini, harga lelongan yang dilaksanakan telah mencecah hingga AS$1.5 juta (RM4.793 juta).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar